BIM Projek Infrastruktur
posted by adme @ 12:33pm, Monday 14 May 2012.
BIM umumnya diaplikasikan dalam pembangunan binaan bangunan komersil dan kediaman. Tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini proses BIM (Maklumat Pemodelan Bangunan) dan teknologi juga digunakan dalam projek infrastruktur utama seperti jalan & lebuhraya, jambatan, empangan, kemudahan rawatan air, loji kuasa, kemudahan pengangkutan, transit, lapangan terbang, utiliti (seperti gas, elektrik, air dan air kumbahan) dan sebagainya.
Dalam tempuh masa sebelum 2014 penggunaan BIM untuk projek-projek infrastruktur ini akan meningkat lebih daripada 50% memanafaatkan proses BIM berasaskan maklumat digital dalaman dan luaran secara sepadu berkeupaya meningkatkan produktiviti serta kecekapan dan kos.
BIM mengandungi proses pintar berlandaskan model di mana semua data atau maklumat disepadukan sebagai satu model interaktif. Perancang bandar, profesional GIS, dan jurutera awam akan dapat memahami keperluan projek serta-merta dan mewujudkan projek kos infrastruktur yang berkesan. Selain itu, pengguna boleh menjana model 3D seluruh infrastruktur termasuk persekitaran bandar, infrastruktur tanah dari data BIM yang dibenarkan & mengimport model terperinci dan mewujudkan peta tematik 3D.
Data dari model BIM boleh memaparkan maklumat mengenai talian/utiliti awam, arah aliran air, bahan paip, sambungan, ketinggian tanah dan cerun. Model ini juga boleh mengandungi tarikh pemasangan utiliti, jadual pemeriksaan dan maklumat penyelenggaraan.
Pemodelan 3D memainkan peranan yang penting bagi projek infrastruktur dengan perancangan melalui pengurusan kitaran hayat. Pelbagai jenis data yang terkumpul dan digabungkan secara lapisan acad berujukan kordinat xyz dari sistem maklumat geografi (GIS), bersekali sempadan petak, serta gambar udara. Analisis terperinci dicapai serentak dengan pembentukan model dan juga rekabentuk.
Visualisasi 3D, simulasi dan analisis dapat kenalpasti pelbagai alternatif rekabentuk pada peringkat awal dan memberi pilihan infrastruktur lebih berdaya tahan pada masa depan adalah ciri utama BIM.

















Comments
Submit Your Comment
Show/Hide CommentBox